Sabtu, 29 Disember 2012

Rukun Iman

1.Beriman kepada Allah
Umat Islam wajib mengimani bahawa tiada tuhan yg wajib disembah melainkan Allah.Jika menyembah tuhan selain daripada Allah SWT,maka hilanglah keimanan kita kepada Allah SWT atau dalam erti kata lain mensyirikkan Allah.Di antara tanda beriman kepada Allah SWT adalah dia dapat merasakan manisnya iman itu sendiri.

2.Beriman kepada Malaikat
Malaikat adalah makhluk yang dicipta daripada chaya.Ia juga diciptakan untuk beribadah kepada Allah SWT.Untuk pengetahuan semua,ada 10 malaikat yang wajib kita ketahui dan beriman dengannya.Para malaikat merupakan makhluk yang sangat taat menjalankan perintah dan suruhan Allah.Iman para malaikat tidak seperti manusia.Keimanan merka tidak berkurang dan tidak bertambah.10 malaikat yang wajib diketahui oleh kita adalah Jibril,Mikail,Izrail,Israfil,Ridhwan,Malik,Raqib,Atid,Munkar,Nakir.

"Dan (ingatlah) segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik dan kepunyaan Allah jua dan malaikat-malaikat yang ada disisiNya  tidak memperbesarkan diri dan tidak berhenti beribadat kepada-Nya dan tidak pula mereka rasa penat dan letih.Mereka beribadat malam dan siang dengan tidak berhenti-henti."(Surah al-Anbiya;19-20)

3.Beriman kepada kitab 
Kita perlu membenarkan dengan keyakinan yang jitu bahawa Allah memiliki kitab dan diturunkan kepada para nabi.Terdapat 4 buah kitab yang diturunkan kepada nabi2 tertentu.Kitab tersebut adalah Taurat,Zabur,Injil dan Al-Quran.Kitab terakhir atau mukjizat terbesar Rasulullah SAW iaitu Al-Quran telah mansuhkan kitab2 yang lain seperti Taurat,Zabur dan Injil.Kini,hanya Al-Quranlah yang wajib kita imani dan beramal dengan apa yang telah Allah SWT firmankan di dalamnya.

4.Beriman kepada Rasul
Seramai 25 orang rasul yang wajib kita ketahui.Mereka adalah utusan Allah SWT yang dikirimkan pada umat2 tertentu.Berbezadengan Nabi Muhammad SAW,Baginda adalah rasul yang diutuskan untuk sekalian alam.Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,"Rasul2(yang telah Kami utuskan itu semuanya)pembawa khabar gembira (kepada orang2 yang beriman) dan pembawa khabar gembira(kepada orang2 yang kafir dan yang berbuat maksiat)supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah(atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak)terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul2 itu dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.(Surah-al-Nisa:165)

5.Beriman kepada Hari Kiamat
Beriman kepada Hari Kiamat merupakan perkara asas yang perlu kita yakini.Kehidupan di dunia pasti akan berakhir dan penghujungnya adalah berlakunya kiamat kubro atau kiamat besar.Dalam al-Quran telah banyak diceritakan tentang hari kebangkitan ini.Di sinilah seluruh umat manusia akan dibangkitan dan dihitung segala amal perbuata sewaktu hidup di dunia.

Beriman kepada Qada dan Qadar
Selaku manusia yang beriman kepada Allah SWT,kita perlu mekini bahawa Allah SWT telah menetapkan takdir kehidupan manusia.Namun ada pula takdir yang boleh kita ubah atas usaha kita.Contohnya,seseorang pelajar yang cemerlang.Seorang pekerja boleh berusaha untuk menjadi seorang pekerja yang baik.Takdir yang tidak dapat diubah adalah seperti hidup dan matinya seseorang,jodoh dan pertemuan.Tanpa beriman kepada 6 perkara ini maka keimanan seorang Muslim tidak akan sempurna.

                                                                                                                              Sumber Majalah UOK?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan