Khamis, 20 Disember 2012

12 Perkara Perlu Diketahui Muslimah

Adik,kakak,makcik sekalian.Ketahuilah bahawa dirirmu sangat berharga.Bahkan setiap inci dari anggota tubuhmu merupakan perhiasan yang tidak ternilai harganya.Perlu dijaga dan dipelihara,tidak dibuka sesuka hati.Mari kita kenali,apa 12 hal yang pelu dijaga oleh para wanita.


1.Kening
Jangan sesekali pandang remeh terhadap kening.Menurut Imam Bukhari,Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta bulu keningnya dicukurkan.

2.Kaki
Dalam surah al-Nur ayat 31,Allah SWT berfirman yang bermaksud:"Dan janganlah mereka(wanita) menghentakkan kaki(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan".Perbuata memakai loceng dan menghentakkan kaki sewaktu berjalan juga merupakan perbuatan wanita pada zaman jahiliyah.

3.Wangian
Wanita dilarang memakai wangian dengan niat orang lain mencium baunya.Jika ingin menggunakan wangian cukuplah sekadarnya dan tidak berlebihan supaya tidak menimbulukan fitnah.


4.Dada
Dada wanita juga merupakan perhiasan,sebaik-baik wanita Muslimah adalah menutup 'perhiasan' tersebut dengan melabuhkan tudung sehingga menutp dada terdapat dalam surah al-Nur ayat 31.

5.Gigi
Semua wanita mengimpikan gigi yg cntik,namun kita perlu berhati-hati kerana Islam melarang kerana Rasulullah SAW melaknat wanita yang mengikis gigi atau meminta supaya giginya dikikis(Riwayat At-Thabrani).Selain itu wanita yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik juga dilaknat oleh Allah SWT.

6.Leher
Ada sesetengah wanita yang bertudung namun sengaja menonjolkan bahagian leher.Islam melarang hal seperti ini kerana leher termasuk sebahagian daripada aurat dan menonjolkan leher dengan sengaja merupakan perbuatan wanita pada zaman jahiliyah.

7.Tangan
Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis,lalu Rasulullah SAW bersabda :"Wahai Asma!Sesungguhnya seorang gadis yang telah didatangi haid tidak boleh membuka auratnya kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja(Riwayat Muslim dan Bukhari)

8.Mata
Sekali lagi Allah SWT memberi peringatan kepada para wanita dalam Surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud:"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian daripada pandangannya".

9.Suara
Suara wanita juga merupakan perhiasan yang menarik.Allah SWT berfirman yang bermaksud:"Janganlan perempuan2 itu terlalu lunak ketika berkata-kata sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik".(Surah al-Ahzab:32)

10.Maruah
Allah SWT memberi kelebihan kepada wanita yang menjaga maruah dirinya.Bahkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Apabila seseorang wanita itu solat lima waktu,puasa di bulan Ramadan,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah dia ke dalam syurga dari pintu yang dia kehendakinya".

11.Pakaian
Islam merupakan agama sederhana,dalam berpakaian juga Islam menuntut kita untuk bersederhana."Barangsiapa memakai pakaian yang keterlaluan dan menjolok mata,maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di akhirat nanti."(Riwayat Ahmad,Abu daud al-Nasai dan Ibnu Majah)

12.Rambut
Rasulullah SAW telah berpesan kepada Fatimah,anaknya: "Wahai anakku Fatimah!Wanita2 yang akan digantung rambutnya sehingga mendidih otak di dalam neraka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahram.(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan