Khamis, 20 Disember 2012

Biodata Bumi

Atmosfera Bumi
Bumi terbentuk kira2 4.54 billion tahun yang lampau dan kehidupan wujud di bumi sekitar satu billion tahun yang lalu.Bumi mempunyai atmosfera melindungi permukaan dan kehidupan di dalamnya daripada angin suria,sinaran ultra yang merbahaya dan radiasi dari angkasa lepas.Ketinggian atmosfera ini mencecah 700km (gunung Everest hanya 8.8 km)


Suhu Bumi
Suhu di permukaan bumi pula boleh mencapai 55 darjah celcius dan boleh menurun sehingga -70 darjah celcius bergantung kepada iklim tempatan.Manakala suhu bilik kita biasanya hanya sekitar 27 darjah celcius sahaja.


Berat dan Luas Bumi
Berat bumi pula dianggarkan seberat 59.760 juta tan dengan luas permukaannya adalah 510 juta km persegi.Garis pusat bumi pula adalah 12.756km.Bumi mempunyai graviti yang memegang semua isi yang ada di dalamnya daripada terkeluar daripada atmosferanya.Cuba bayangkan sekiranya graviti kita tiada sekarang?Semua manusia boleh terbang!


Kandungan Udara Bumi
 Bumi mempunyai udara dan udara inilah kita dan semua kehidupan di bumi ini digunakan untuk bernafas.Udara di bumi terdiri daripada 78% Nitrogen,21% Oksigen dan1% masing2 karbon dioksida,gas lain dan juga wap air.


Lapisan Dalaman Bumi
Dianggarkan bumi mempunyai teras dalamnya yang terdiri daripada besi nikel baku setebal a,370km dengan suhu yang mencecah 4,500 darjah celcius.Teras dalam ini pula diselutupi pula oleh teras luar setebal 2,100km.Kemudiannya ia diselaputi pula oleh mantle silika padau setebal 2,800km yang membentuk 83% isipadu bumi dan akhirnya kerak batu silika yang tebalnya hampir 100km. 

Putaran dan Pengedaran Bumi
Sehari di bumi adalah 24 jam manakala setahun di bumi adalah 365.25 hari.Sehari di bumi bermaksud ia berputar di paksinya cukup satu pusingan putaran manakala bumi beredar mengelilingi matahari selama 365.25 hari untuk melengkapkan peredarannya.Jarak purata bumi dengan matahari adalah 149.6 juta km dan bumi mempunyai satu satelit semulajadi iaitu bulan

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan