Rabu, 19 Disember 2012

Kami Mengenalimu dan Mencintaimu Rasulullah

Perjalanan Hidup Rasulullah

       Kisah hidup Baginda  perlu dijadikan panduan bagi seluruh umat manusia.Sifat-sifat Baginda seperti kesabaran,kejujuran,sikap tenang saat berhadapan dengan musibah,penyayang, menghormati yang tua dan mengasihi yang muda perlu disemai dalam diri kita.


       Jika kita teliti perjalanan kehidupan Baginda,maka kita akan terharu dengan kesabaran dan ketabahan baginda.Islam yang kita nikmati kini tidak datang begitu sahaja.Agama ini diturunkan oleh Allah SWT melalui perantaraan malikat Jibril a.s dan disampaikan kepada Baginda Rasulullah SAW.

Wasiat Rasulullah Kepada Wanita

     Wahai bidadari dunia yang dirahmati Allah.
  Rasulluah telah memberikan wasiatnya kepada kita kerana besarnya cinta Rasulullah kepada kita.Dalam buku 50 Wasiat Rasulullah SAW untuk Wanita karangan Majdi al-Sayyid Ibrahim ada dituls,wasiat pertama Baginda kepada kita adalah agar kita menjauhkan diri daripada api neraka.Dalam sebuah hadis,Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : "Daripada Abu Sa'id r.a berkata : 'Rasulullah SAW keluar pada hari raya Aidiladha dan Aidilfitri ke tempat solat,lalu Baginda melalui para wanita seraya berkata: "Wahai sekalian para wanita!Bersedekahlah kamu semua kerana pernah diperlihatkankan kepadaku tentang kamu sekalian sebahagian besar penghuni neraka".

      Wahai suadari muslimah yang dikasihi
Ketahuilah bahawa iman adalah perkataan,perbuatan dan kepercayaan yang akan bertambah jika kita melakukan ketaatan dan akan berkurang jika kita melakukan kerosakan atau kederhakaan kepada Allah SWT.Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud:"Sesungguhnya orang2 yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat2nya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat2Nya,menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah iaitu orang2 yang mendirikan solat dan yang mendermakan sebahagian daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka".(Surah al-Anfal : 2-3)

 Mujahadah Agar Dirahmati-Nya

      Dengan beriman kepada Allah SWT dan mencontohi akhlak Rasululllah SAW maka kita melangkah setapak lagi untuk menghampiri gelaran 'remaja wanita yang dirahmati Allah'.

     Dalam usaha untuk mencapai gelaran tersebut maka kita perlulah bermujahadah dan berusaha bersungguh-sungguh.Bukannya tidak boleh langsung kita mengidolakan selain Rasulullah,namun janganlah sampai tahap kita memuji dan memuja secara berlebihan keran hakikatnya manusia selain Rasulullah mempunyai cacat cela di sana-sini.Sebaik-baiknya ambillah para ulama sebagai ikutan kerana merekalah waris yang paling dekat dengan Rasulullah.

     Tempat Rasulullah SAW memang tidak dapat digantikan oleh sesiapa pun.Jika kita bercita-cita untuk bertemu dengannya,maka marilah kita bersungguh-sungguh dalam menjadikan Islam sebagai cara hidup kita.Wallahua'lam.


                                                                                                 Sumber Majalah UOK?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan