Khamis, 20 Disember 2012

Rasulullah dan Mueeza(kucing)

          Suatu ketika
,semasa Nabi hendak mengambil jubahnya,ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya.Nabi memotong belahan lengan yang ditiduru Mueeza daripada jubahnya kerana tidak mahu mengganggu tidur haiwan kesayangannya itu.Kemudian Nabi pun meninggalkan kucingnya tertidur tanpa tergganggu sedikit pun.Ketika Nabi kembali di rumah,Mueeza terjaga dan terus tunduk sujud kepada tuannya.Nabi mengusap lembut tubuh kucing itu dengan kasih sayang sebanyak 3kali

Mueeza Mengiau Mendengar Azan

          Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya,Nabi selalu mengendong Mueeza dan dibaringkan di atas ribanya.Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah selalu mengiau ketika azan.Kucing itu mengiau-ngiau seperti mengikuti lantunan suara azan.Nabi selalu berpesan kepada para sahabat supaya menyayangi kucing peliharaan sendiri seperti menyayangi keluarga sendiri.
         Dalam hadis sahih Bukhari,diceritakan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat.Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksaan neraka.

Para Sahabat Nabi Dan Kucing

          Tidak hanya Nabi,isteri Nabi sendiri Sayidatina Aisyah r.h.a pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan apabila kucingnya meninggalkan beliau.Selain itu,terdapat juga seorang sahabat juga ahli hadis yang sangat menyukai kucing.Beliau ialah Abdurrahman bin Sakhr al-AzdiBeliau diberi gelaran Abu Hurairah(Bapa Kucing) kerana kegemarannya memelihara banyak kucing di dalam rumahnya.Beliau bukan sahaja memelihara malah merawatnya jika sakit.
             Ada sesetengah daripada kita sanggup membiarkan kucing kelaparan.Ada juga yang sanggup memotong kedua-dua kaki hadapan kucing kerana mencuri seekor ikan.Apalah dosa makhluk yang tidak dikurniakan akal ini.Sebagai manusia,sifat perikemanusiaan perlu ditanam agarkejadian seumpama ini tidak berulang.Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasan apabila melukai haiwan tersebut.Marilah sama2 renungkan.

                                                                                       Sumber Majalah UOK?



xkesian kat titew?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan